Detik masa ke Kejohanan Wajadiri Nasional UPM 2012


Hari kian berganti, saat kian berdetik. Tahu-tahu saja kita semakin menghampiri Kejohanan Wajadiri Nasional 2012 yang akan berlangsung di UPM pada tahun ini. Tinggal tidak sampai 5 bulan sahaja lagi kepada penganjur wajadiri tahun ini untuk bersedia menganjurkan program bersejarah yang ditunggu-tunggu ini. Uniknya pada tahun ini, julung kali akan diadakan majlis makan mesra selepas selesai Kejohanan Wajadiri. Itu sememangnya memecah tradisi Kejohanan Wajadiri yang telah lama diadakan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum, kami warga ahli jawatan kuasa penyelaras Kejohanan Wajadiri Nasional 2012 dan Persatuaan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UPM ingin mengucapkan Selamat Hari Hari Aidilfitri kepada seluruh umat islam yang berada di seluruh dunia. Semoga ramadhan yang bakal meninggalkan kita membawa seribu rahmat dan hidayah kepada kita dan semoga syawal yang bakal menjelma akan memberikan seribu kegembiraan dan kebahagiaan kepada kita semua. InsyaAllah.